skpbu.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR UTARA
02100 Padang Besar (U), Perlis. Tel : 04-9490059 Faks : [fax]
e-mel : skpbu@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | PIAGAM | FALSAFAH | SEJARAH | PANORAMA | LAGU | LOGO | BUKU PELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH


1. Lokasi

Terletak di Pekan Padang Besar, 37 km dari Bandar Kangar. Merupakan pekan yang bersempadan negara jiran Thailand di utara tanahair kita.

KLIK UNTUK LIHAT LOKASI SEKOLAH




2. Sejarah Ringkas Sekolah

Padang Besar
Pekan Padang Besar sebelum Perang Dunia Ke II merupakan sebuah pekan kecil di utara Semenanjung Tanah Melayu, bersempadan dengan Negara Siam atau Thailand. Pekan ini juga merupakan pintu masuk ke Tanah Melayu daripada Siam melalui jalan kereta api kerana jalan raya belum ada pada masa itu. Jalan raya menghubungkan Malaysia dengan Negara Siam dibina selepas Perang Dunia Ke II oleh pasukan Tentera Malaysia.

Penduduk Padang Besar

Penduduk Padang Besar pada masa itu terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan Pakistan. Pekerjaan mereka ialah sebagai kakitangan kerajaan, polis, buruh kereta api, berniaga dan menternak lembu serta kambing.

Pakatan Masjid Dan Rumah Musafir Islam 

Sekitar tahun 1950 an, Padang Besar mula berkembang dari sebuah pekan kecil bertukar menjadi penempatan yang besar. Orang melayu khususnya orang Islam telah ramai bermusafir ke sini. Ramai daripada mereka datang dari Pattani, Kelantan dan Terengganu pada musim-musim menuai padi dan ketika musim haji. Mereka telah singgah dan berehat di bawah pohon-pohon kayu atau di kaki lima kedai-kedai sementara menunggu perjalanan kereta api keesokan hari.

Satu usaha telah dijalankan oleh pihak Ketua Imigresen Padang Besar diketuai oleh En Othman bin Abd Rahman (D.A.C.I.) Padang Besar dengan beberapa orang pegawai imegresen iaitu En Baharom bin Awang dan En Mohd Noor bin Mohd Zain, kakitangan Jabatan Kastam, Polis, Kereta Api, Haiwan, Pertanian serta Tuan Imam iaitu Tuan Hj Ishak dan En Mydin Syeikh Ali. Mereka telah menubuhkan satu badan untuk mengumpul derma orang ramai yang dinamakan “Pakatan Masjid dan Rumah Musafir  Islam Padang Besar”(PMRMIPB).

Pakatan ini telah berjaya membina sebuah masjid serta sebuah rumah persinggahan yang dinamakan “Rumah Musafir Islam” yang menjadi kemudahan kepada mereka yang datang dari luar. 



3. Asas Penubuhan Sekolah

Perkara yang menjadi kegelisahan penduduk Melayu dan orang Islam Padang Besar pada masa itu ialah berkenaan dengan persekolahan anak-anak mereka.

PMRMIPB sekali lagi memainkan peranan atas desakan orang Melayu Islam untuk mendirikan sebuah sekolah Melayu dengan apa cara sekalipun sama ada dengan bantuan Kerajaan atau mendirikan Sekolah Persendirian (Sekolah Rakyat). Pihak jawatan kuasa PMRMIPB telah menjalankan beberapa usaha dengan menghantar surat kepada pihak-pihak berkenaan untuk tujuan ini.

Antaranya:

-Kepada Jabatan Pelajaran Perlis (1952)
-Surat kedua ke Jabatan Pelajaran Perlis (Bil 5 dlm PMRMIPB 32 bertarikh Okt 1957)
-Pejabat SU Kerajaan Perlis (Bil 15 dlm PMRMIPB 32 bertarikh 11 Oktober 1958)
-Pengerusi JK Kebajikan Am Perlis (Bil 16 dlm PMRMIPB 32 bertarikh 13 Okt 1958)
-Tuan Pesuruh Jaya Tanah dan Galian Perlis (Bil 17 dlm PMRMIPB 32 bertarikh 18 Okt 1958)

Pada 19 hb Januari 1959, tertubuhlah sebuah sekolah di Padang Besar dengan nama:

“SEKOLAH UMUM PADANG BESAR (UTARA), PERLIS”


Masyarakat Melayu Islam khususnya dan kaum India mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis atas penubuhan sekolah ini. Namun begitu, penduduk masih belum berpuas hati kerana Sekolah Umum ini belum mempunyai bangunan sendiri. Sebenarnya Sekolah Umum menumpang di bangunan sekolah Cina pada sebelah petang.

Sekolah Umum Padang Besar mendapat bangunan sendiri di atas tapak sendiri pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di tapak sekarang dengan sebuah bangunan kayu 4 bilik darjah, sebuah kantin, bilik air dan sebuah tandas tanpa mengikut pelan (bentuk lama).



4. Pengasas Sekolah

Ahli Lembaga Pengasas Pakatan Masjid dan Rumah Musafir Islam adalah dipercayai sebagai pengasas sekolah kerana usaha merekalah wujudnya sekolah ini.

Mereka terdiri daripada:

-En Othman bin Abd Rahman (D.A.C.I.)
-En Baharom bin Awang (Merinyu Kesihatan)
-En Mohd Noor bin Mohd Zain (Imegresen)
-En Mydin bin Sheikh Ali (Ketua Masyarakat)
-Tn Hj Ishak (Imam)
-En Mohd Darus bin Ahmad (Pen Rumah Sakit)



5. Perkembangan Sekolah

Pada tahun permulaan persekolahan (1959) , bilangan murid adalah seperti berikut:

Melayu
India
Jumlah
L
P
L
P
L
P
6
18
6
8
12
26
24
14
38

Selepas 12 tahun (1970), perkembangan murid adalah seperti berikut:

Melayu
India
Cina
Jumlah
L
P
L
P
L
P
L
P
116
103
11
8
3
2
130
113
219
19
5
243


Perkembangan Guru

Sejak Sekolah Umum dibuka sehingga tahun 1971, bilangan guru yang bertugas di sini ialah seramai 45 orang yang datang silih berganti


Upacara pembukaan sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara ini dengan rasminya disempurnakan oleh

YANG AMAT BERHORMAT
ENCIK JAAFAR BIN HASSAN PJK, PJ
MENTERI BESAR PERLIS
PADA 7 HB OKTOBER 1972


Perkembangan Bangunan Sekolah

-Bangunan asal 4 bilik darjah, sebuah kantin dan tandas (1959)
-Dua buah rumah guru (1965)
-Empat bilik darjah tambahan dan padang (1971)
-Bangunan dua tingkat – 4 bilik darjah (1980)
-Bangunan empat tingkat dan 4 kuarters (1986)
-Dua unit rumah guru (1995)
-Dua unit rumah guru (1997)
-Dua blok bangunan 3 tingkat dan kantin (1998)
-Makmal ICT (2002)


* Dipetik daripada “Sejarah Sekolah” Bil 1/80 SKPBU / 92 bertarikh 17.7.1980


Kemaskini: 2010-03-23

>


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: