skpbu.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR UTARA
02100 Padang Besar (U), Perlis. Tel : 04-9490059 Faks : [fax]
e-mel : skpbu@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | VISI & MISI | PIAGAM | FALSAFAH | SEJARAH | PANORAMA | LAGU | LOGO | BUKU PELAWAT |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(EN ARIFFIN BIN DARUS)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Kepada PIBG, saya berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat supaya segala perancangan dan pelaksanaan apajua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan mendapat kerjasama yang baik. Di samping itu, idea-idea yang baik dan menarik amat dialu-alukan demi kecemerlangan, dan kegimilangan murid-murid khususnya dan sekolah keseluruhannya.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang , gemilang dan terbilang

Wassalam.




RADIO NASYID FM


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: